Unifi ni apa?
UniFi ni servis internet yang disediakan oleh TM. Dia guna fibre optic untuk provide high speed internet. So memang laju.
Apa Beza Unifi dengan Streamyx?
UniFi – teknologi terkini untuk internet (fibre optic)
Streamyx – teknologi yang belakang sedikit dari unifi (copper)
Pendaftaran kena bayar ke?
Tiada caj dikenakan untuk mendaftar
Macam mana nak check coverage unifi?
Untuk check unifi coverage, sila isi borang ini.
Rumah xde talian telefon, boleh pasang ke?
UniFi ni guna cable fibre optic dan tak perlukan talian telefon. So kalau rumah anda takde talian telefon, still berpeluang pakai unifi as long as ada coverage.
Pakej unifi apa je yang ada?
Pakej UniFi ni ada banyak dan depend pada jenis premis (kediaman atau perniagaan). Sila klik disini untuk info lanjut.
Boleh pasang pakej rumah untuk kedai?
Tak boleh. Untuk entiti perniagaan, TM hanya benarkan ambil pakej Unifi Biz sahaja.
Boleh ke subscribe lebih dari 1 akaun unifi?
Boleh. Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Berapa lama kontrak unifi?
Standard contract adalah 24 bulan.
Lepas daftar, berapa lama datang pasang?
Anda hanya menunggu sahaja dari kontraktor TM yang akan kerumah anda dalam masa 3 – 5 hari bermula dari tarikh pendaftaran. Kontraktor TM akan hubungi terlebih dahulu bagi membuat temujanji untuk pemasangan telefon dan streamyx/UniFi/talian tetap.
Boleh datang pasang unifi hujung minggu ke?
Boleh. Untuk apartment dan kondo, pemasangan bergantung kepada peraturan yang ditetapkan oleh pengurusan bangunan.
Macam mana nak tukar tarik pemasangan?
Anda boleh tukar tarikh pemasangan UniFi dengan menghubungi talian Khidmat Pelanggan TM 100
Adakah pemasangan percuma?
Pemasangan Standard adalah percuma. Ada sesetengah keadaan, pemasangan mungkin dikenakan oleh pihak kontraktor TM. Boleh baca posting ni: Pemasangan Standard dan bukan Standard
Kalau pindah rumah, boleh bawa unifi sekali?
Anda boleh bawa sekali.
Macam mana nak upgrade?
Untuk upgrade/ downgrade, anda boleh menghubungi talian khidmat pelanggan TM 100
Boleh tak check bil secara online?
Boleh. Just layari UniFi Online Customer Service (http://unifi.com.my) dan daftar buat pertama kali untuk menggunakan perkhidmatan ini. Selain melihat bil, anda juga boleh mengemaskini profile, membuat perubahan pada langganan dan lain-lain lagi.
Macam mana nak bayar bil unifi?
Terdapat banyak pilihan pembayaran bil anda. Boleh rujuk posting ni: Kaedah pembayaran bil unifi
Kepada siapakah yang boleh saya rujuk andai ada permasalahan selepas pemasangan streamyx/UniFi?
Anda boleh menghubungi khidmat operator TM. Hanya Dail : 100 untuk service Pakej Streamyx dan 1-300-881-222 bagi Pakej UniFi. Anda juga boleh bertanya pelbagai soalan lain untuk kepastian anda.
Apakah kelebihan jika saya mendaftar di sini?
Yap, Cara ini lebih mudah tanpa anda perlu keluarkan duit minyak untuk ke cawangan TM ataupun pejabat-pejabat TM sedia ada. Anda lebih jimat masa dan kos dalam membuat pendaftaran streamyx atau Unifi ini.