Home Umum Pemasangan Standard UniFi

Pemasangan Standard UniFi

Ramai orang tanya pasal ni. So sini la admin terangkan sedikit apa itu pemasnagan standard dan pemasangan non standard untuk UniFi ye.

Rizal baru daftar UniFi. Tetiba die dikenakan cas pemasangan untuk UniFi tersebut. Dia pelik kenapa boleh kena cas kerana pemasangan adalah percuma. Ok untuk UniFi ni pemasangan standard memang percuma. Pemasangan standard ni macam, tarik kabel dari dp terus masuk ke rumah, cucuk terus ke modem. Tadaaa. Itulah pemasangan standard.

Voucher Shopee PERCUMA Untuk Pembaca Kami Klik Sini

non standard installation unifi

Kalau non standard ni, installer unifi akan datang ke rumah dan dia tengok pemasangan kena melalui syiling, kena tebuk dinding, kena langkau macam-macam lagi.

Pemasangan standard dan non standard unifi

Jadi installer UniFi ni akan bagitahu customer terlebih dahulu sebelum pemasangan UniFi bermula. Installer akan terangkan pasal pemasangan apa semua, kena melalui wall, dinding dan akan ada cas. Jika customer setuju dengan cas yang dikenakan maka installation akan boleh bermula. Pembayaran bayar direct ke installer UniFi tersebut ye. Jika tak setuju, installer akan return order tersebut.

Seeloknya jangan la bagi return, sebab kalau next installation pun akan kena cas yang sama sebenarnya. Installer takkan nak cas je customer begitu je. Mesti ada sebab. So apa korang boleh buat kalau kena macam ni, just mintak diskaun je. Installer pun baik. Jangan bimbang. Tapi janganla banyak sangat minta tu. Sebab installer pun nak hidup juga.

Contoh kedua biasanya akan ada customer yang tak suka kabel fibre UniFi berjuntai begitu sahaja. Jadi customer request untuk pasang micro duct atau sebagainya. Untuk nampak lawa. Ni pun akan kena cas ye. Korang kena bayar direct ke installer. Apapun bincang dengan installer berkenaan cas yang dikenakan. Mintak resit.

Contoh lain, setiap wayar fibre ada standard panjang dia yang dibekalkan. Kalau tak salah 50 meter pertama adalah percuma. Lebih dari tu akan ada cas. Ni pun installer akan bagitahu berapa cas apa semua. Juga di bayar direct ke installer unifi tersebut.

Untuk lebih detail, korang boleh refer gambar yang admin kepilkan ini. Korang tengokla setiap cas dia.

Berminat nak cek UniFi Coverage atau daftar UniFi? Klik icon whatsapp di bawah:

daftar pakej UniFi