Cara Bayar Bil Unifi Melalui JomPay

Bayar Bill UniFi

Ramai pengguna baru Unifi akan tertanya-tanya macam mana nak bayar bill. Maklumlah baru melanggan, tentu pening nak bayar ikut mana. Macam admin just bayar melalui boost je. Di sini admin tunjukkan cara bayar melalui JomPAY ye.

Voucher Shopee PERCUMA Untuk Pembaca Kami Klik Sini

Cara Bayar Bil Unifi Melalui JomPay

Jompay

JomPAY merupakan inisiatif yang disokong oleh Bank Negara Malaysia bagi memudahkan pembayaran bil kepada ratusan syarikat atau organisasi secara perbankan online. Dengan JomPAY, pengguna boleh membayar bil seperti Astro, TM, TNB, bil Air atau apa-apa jenis bil dengan mudah dan cepat. Jika anda mencari cara bayar bil menggunakan JomPAY boleh ikut panduan ringkas ini bagi memudahkan urusan anda.

Cara nak bayar bil UniFi

Cara Bayar Bil Unifi

  • 1. Login akaun bank anda
  • 2. Klik Accounts & Banking
  • 3. Klik Bill Payment
  • 4. Pilih JomPAY
  • 5. Pilih Make a one-off payment
  • 6. Masukkan jumlah hendak dibayar
  • 7. Masukkan Biller code 8888
  • 8. Ref 1 masukkan no akaun UniFi
  • 9. Selesai
  • Cara Bayar Bil Unifi

    Ni penerangan detail Cara nak Bayar Bil Unifi.

    Mudah je nak bayar bill unifi ni. Cara bayar bil UniFi ni pakai Jompay je. Pertama sekali, untuk memudahkan pembayaran bil menggunakan JomPAY, anda perlu ada Biller Codes. Biller Code adalah kombinasi nombor unik yang mewakili JomPay Billler. Jadi sebelum anda buat pembayaran menggunakan JomPay anda kena dapatkan Biller Code JomPAY terlebih dahulu.

    Tapi sebab ni cara-cara nak bayar bil UniFi menggunakan JomPay maka kami kongsikan Biller kod bagi UniFi.

    Biller Code UniFiUnifi Biller Code

  • Unifi Biller Code ialah 8888
  • No Akaun Unifi

    No akaun UniFi ni boleh refer pada SMS atau email yang dihantar oleh pihak UniFi. Ref 1 nanti masukkan no akaun Unifi. Biasanya selepas pendaftaran unifi berjaya, agent akan bagi no akaun unifi ni. Ref-2: Boleh di biarkan kosong.

    Isi jumlah yang anda kena bayar setiap bulan di bahagian Pay Amount. Jika anda ambil pakej RM89 sebulan maka kirakan sekali dengan SST dalam RM94. Bayar lebih takde masalah. Dia akan bawa ke bulan hadapan.

    Mudah kan. Ya senang aje. Jangan lambat pula bayar bil UniFi tu. Nanti kena potong dan kalau nak sambung ada cas penyambungan RM10. Tahukah anda ada cara paling mudah untuk bayar bil? Melaui shopee. Boleh baca sini: Cara Bayar Bill Unifi Online Melalui Shopee atau klik aje ikon shopee di bawah

    Senarai Biller Code

    Jika anda nak dapatkan senarai Biller Code bagi perkhidmatan yang lain bolehla Klik sini- Senarai Biller Code.

    Bagi yang belum daftar unifi, hubungi saya segera. Saya akan tolong check coverage unifi anda secara percuma.

    Berminat nak cek UniFi Coverage atau daftar UniFi di rumah atau syarikat anda? Klik icon whatsapp di bawah:

    register pakej UniFi

    Soalan Lazim & FAQ

    1. Apakah biller code unifi?
    Biller code untuk TM dan Unifi ialah 8888

    2. Apakah Ref-1 dekat dalam JomPAY unifi?
    Ref-1 adalah no akaun unifi anda. Refer pada bill unifi anda untuk no akaun ini.

    3. Macam mana cara bayar unifi bill online?
    Baca sahaja artikel kami ini. Ada cara nak bayar bil unifi.