Jiran saya ada pakai UniFi, Kenapa saya takde line UniFi pulak? Mesti pernah hadapi situasi ini kan? Sebenarnya mungkin apa yang jiran dia pakai tu adalah UniFi Lite. UniFi Lite ni dulu dikenali sebagai streamyx. Sekarang je dah di brandingkan menjadi UniFi Lite. Sebab tu ada customer pertikaikan yang jiran dia dah pakai UniFi.
Kita sebagai agen kena la nasihatkan customer. ajar diorang perbezaan antara kedua-dua streamyx/uniFi Lite dan UniFi kepada diorang. Itu tugas kita sebagai reseller. Tak semua customer tahu perbezaan ini. Diorang ingat semua sama sahaja.
Streamyx atau Unifi Lite
Streamyx ialah sebuah perkhidmatan Internet jalur lebar talian tetap yang paling dominan di Malaysia yang disediakan oleh Telekom Malaysia (TM Bhd).
UniFi
Manakala Unifi merupakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi yang terbaru diperkenalkan oleh TM Malaysia.
Beza Unifi dan Streamyx
Persoalannya adalah apakah beza diantara kedua dua perkhidmatan jalur lebar ini? Perbezaan yang ketara antara kedua-duanya adalah dari segi kelajuan/kepantasan penghantaran dan penerimaan data. Unifi lebih laju/pantas berbanding Streamyx.
Speed
Kadar kelajuan Unifi yang ditawarkan adalah sebanyak 30 Mbp,100 Mbps,300 Mbps, 500 Mbps dan 800Mbps. Manakala kelajuan streamyx hanyalah pada 1 Mbps,2 Mbps,4Mbps dan 8Mbps.
Kenapa Unifi lebih laju/pantas berbanding Streamyx? Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbezaan teknologi yang digunakan.Teknologi yang dimaksudkan adalah (medium pengantaraan) penghantaran dan penerimaan data.
Fibre dan Cooper
Unifi menggunakan kabel fiber optik (gentian kaca) sebagai medium utamanya manakala Streamyx hanya menggunakan kabel tembaga (cooper) sebagai medium perantaranya. Kabel tembaga (copper) menghantar arus elektrik, manakala teknologi fiber optik menghantar denyutan cahaya yang dihasilkan oleh laser di sepanjang fiber optik. Oleh sebab itulah, fiber optik boleh memindahkan lebih banyak data pada jarak yang lebih lama berbanding kabel tembaga (copper). Penggunaan kabel fiber optik adalah lebih cepat dan pantas daripada kebanyakan medium penghantaran lain.
Selain itu, penggunaan kabel fiber optik juga dapat mengurangkan kehilangan kuasa (power loss) semasa proses penghantaran dan penerimaan data. Menurut Telekom Malaysia, “Uni” membawakan maksud kesatuan atau perpaduan, dan “Fi” adalah singkatan bagi fiber optik. Dan gabungan kedua-duanya membawakan UniFi yang membawakan maksud bersatu bersama fiber optik iaitu ke arah gaya hidup digital.
Coverage
Pemasangan Streamyx boleh dilakukan diseluruh kawasan termasuk kawasan pendalaman (kampung) tetapi tidak untuk Unifi. Biasanya Unifi hanya berada di kawasan yang pesat membangun seperti di bandar-bandar besar atau di kawasan perumahan elit sahaja.
Kalau anda nak cek UniFi Coverage atau daftar UniFi boleh klik icon di bawah untuk terus ke whatsapp ye.